Hari bekerja dan sekolah anak,
rutin harian adalah sama.
Siapkan anak seawall 530 – 600
pagi dan 630 dah ready untuk dihantar ke destinasi masing-masing.
Pertama, perlu hantar di bongsu
ke nursery bersama pakaian baju, selepas itu hantar si kakak ke tadika dan last
sekali hantar si abang ke taski. 3 destinasi!! Dan semua urusan tersebut saya
yang jalankan memandangkan husband di luar kawasan (PJJ).
Selepas itu, saya memandu ke
pejabat yang mengambil masa 1 jam 30minit (maximum hour in traffic jam) dari
Kota Samarahan ke Stampin Timur. Fuh, traffic jam dari Samarahan semakin teruk
dari tahun ke tahun. (tak sabar nya untuk cuti sekolah – jalan raya lenggang!)
edited – cuti sekolah pun jam!
Nak cerita berkenaan “FORGETTEN
BABY SYNDROME” yang tular sekarang. Yup, rasanya semua orang pernah merasa lupa
dengan perkara yang kita selalu buat, yang dipikirkan mustahil nak lupa, tetapi
bila otak dah ‘tertutup’ atau ‘kun faya kun’. Memang boleh jadi.
Kerana saya sendiri pernah hampir
terlupa menghantar anak ke sekolah, belum dan Insya Allah tidak lupa anak di
dalam kereta. Hal ini kerana, rutin harian saya seperti yang diceritakan di
atas, hantar anak ke 3 destinasi, hari-hari tanpa missed.
Tetapi satu hari, saya perlu
hantar mak ke klinik dahulu. Maka rutin harian terjejas, lepas hantar mak..saya
focus untuk ke pejabat, route sepatutnya untuk ke sekolah saya dah skipped!
Nasib baik si abang tegur yang duduk dibelakang “ Mak, sik sekolah ka?” [mak,
tak sekolah ke?], baru teringat dan cepat-cepat cari simpang untuk kembali ke
route sekolah. Fuh, nasib baik anak perasan yang jalan digunakan adalah salah.
So, ibubapa sekalian = jangan terlampau kecam, tapi jangan mengambil kesempatan
memberi alasan lupa. Semoga kita sama-sama diberi kemudahan dan ingatan yang
baik dalam urusan mengurus anak-anak kita. AMIN.