DAY 9 : SOMETHING NEW

by - Thursday, March 08, 2018

gudang Sekai Bundle - ambil sendiri stok di sini


Memang besar!!

Baru berkecimpung dalam dunia bundle tahun 2018. Hanya secara kecil-kecilan sahaja dan lebih banyak untuk jualan borong kepada pengusaha kecil. Tetapi tetap ada jualan helai- bagi siapa yang berminat boleh datang rumah ye. Saya tidak suka ke kedai bundle dan pilih yang dah tergantung. Saya sukakan cabaran membeli ‘bale/tokol’ dan membelah sendiri hasil walaupun tahu risiko untuk dapat isi yang kurang cantik.
antara hasil pecahan tokol. 100kg! -range 500-600 helai baju

Adakah saya pengguna bundle? Ya, tidak malu untuk mengakuinya sebab bukan semua bundle adalah barang terpakai. Ada yang masih tergantung ‘price tag’, kondisi baju yang masih baru dan yang kotor? Boleh basuh berpuluh kali dan cloroc lah kalau geli 😊 . Kegunaan sendiri saya banyak ambil baju t-shirt untuk kegunaan harian di rumah. Dan kalau ikutkan jenama : Adidas, Nike, Tommy, Dorothy Perkins, The Executive, Scarlet, Peace dan Uniqlo antara jenama paling banyak dalam bale saya beli.

Join geng bundle buat acara pecah bundle LIVE

Antara yang hantu bundle suka survey adalah barang-barang ‘rare’ seperti rockband lama-lama. Dan surprisingly ada peminat/pengumpul baju Mickey Mouse. Yup. Bale Japan saya banyak Mickey Mouse dan semua koleksi Mickey Mouse sudah terjual dengan orang Sabah. Saya masih tidak faham value kartun tersebut. 😊

oh ya, semalam saya ada beli bale baru, jum beli 1 plastik/rm10. 1 guni bawa sendiri /rm30!! item sweater, jog pant, slack

You May Also Like

2 comments

  1. sine tok bahhh.. mok juak beli eh.. simpan kedirik. kmk nak bejuallambat cita. hahaha.. size kmk ada sikkkk... please lah mun ada besar2 simpan k kmk hahaha

    ReplyDelete